Want your
own Fotopage?











 
:: MasnoniPiCz Ideology and FotoManiac ::

By: MasnoniPiCz my

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-May-2007 03:01 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan Ke Pulau Mutiara.

 
 
 
View all 4 photos...





Quote:
Entry penuh boleh didapati di masze-san.blogspot.com
Vacation ke Pulau Pinang seolah-olah balik ke kampung halaman saya, Sandakan. Tetapi, tiada yang lagi indah dari tempat kelahiran sendiri.

Selamat Ber'ENTRY......


*abaikan gambar no.3 kerana Mas lebih terarah kepada sinar matahari senja tersebut...heheheh...

mas, tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat bermain

Salam perkenalan. Berasal dari Sandakan tapi sekarang menetap di Pulau Mutiara...
Fri 8-Jun-2007 07:02
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Apr-2007 22:24 Email | Share | | Bookmark
Tentang Seseorang.

 
 




Quote:
Seseorang telah bertanya kepada saya, dah tak ada entry baru ke? hehehehe.....ada banyak picca yang saya ambil, tapi masih belum ada kesempatan nak buat. semalam pulak, internet down....tapi pagi ini, inilah entry saya yang terbaru. Entry bertajuk Tentang Seseorang? Any comment? .......

salam masze san...

january lalu kamu singgah mengomen di fp ku. thanks ye! memang dah setahun ku diam membisu, ku terlalu bz dgn khidupan baru dan keja baru. kipas susah mati ruti ke? waduh.. aku ini wanita biasa aje. kamu buat aku malu je.. > <

ape pun thanks singgah.. ye~
Thu 3-May-2007 11:57
Posted by:rooty  - [Link]
selamat bertemu lagi put3...harap anda sentiasa dilindungi oleh NYA dan ceria-ceria selalu..setelah mengimbas photo-photo yang put3 ambi...memang tidak dinafikan saya merasa bangga dgn bangunan-bangunan pencakar langit dikotaraya KL...membuktikan negara kita kearah kecemarlangan...walaubagaimanapun photo yang diambil di pulau pinang lebih menggamit jiwa saya..sunset yang begitu indah meruntun jiwa kerdil ini..rindu pada masa lampau...rindu pada kamu dan kalian yang pernah saya kenali...saya berada d KL bebarapa hari yang lalu menginap di Hotel concorde yg berlatarbelakangkan TWIN TOWER yang menjadi kebangaan negara...kadangkala saya confused mana satukah yang paling ideal untuk saya menghabiskan masa muda ini di KL kah atau di Sabah...yang pasti saya tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke bumi bertuah Sabah...kerinduan saya pada gunung...pada laut..pada pokok-pokok yang menghijau tidak terbendung...nasib menyebelahi MAS masi mempunyai seat walaupun flight jam 4 pagi...jam 1 saya bergagas ko KLIA seakan tidak dapat menunggu lagi untuk balik kenegeri yang tercinta...bagi saya walau macamna pun hebat negeri orang lebih hebat lagi dinegeri sendiri dan from now on i decide that i am not going to leave sabah again...for u put3 i believe one day u will be back to sabah juga...saya salute lah ko put3 not bad ko ambi gambar...cantik...i hope u will be a professsional one someday...adehdeh cam sia nda pandai sudah menulis tp asalkan ko faham bah kan put3...ok lah until we meet again...u take care and may God bless u..AMIN! jakarta global 9..still remember?...really funny hahaha.. Fri 15-Jun-2007 08:10
Posted by:~ko teka siapa sia~
ehem-ehem tentang seseorang...sapa tu yerr..adakah dia yg bertakta dihati mu yg terkini put3 apa-apapun sia suka the way your take that pic..ada seni org kata ..kim salam ma ko lah put3 lama nda nampak ko d skrin ekekk Thu 12-Jul-2007 06:31
Posted by:paloma
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 13-Mar-2007 15:21 Email | Share | | Bookmark
Hari Alam Sekitar bersama diri sendiri.

 
 
 






Quote:
Dah lama tak update FP..erm...gambar banyak tapi tak semua yang menarik perhatian saya untuk dimasukkan ke dalam FP.. Alhamdullillah, internet connection kat pc saya semakin bertambah baik. Tidak seperti sebelum ini, hingga naik angin saya dibuatnya. Kini, kelancaran berkarya yang tidak seberapa ini semakin bagus.

Nak story sedikit pasal piccas yang ada kat sini ni. Setiapnya mempunyai keadaan masa dan kejadian yang sangat-sangat berbeza.

@ cicak - Saya berasa kesian dengan anak cicak ni. Mulanya saya sedang membersihkan dapur. Kebetulan sinki dapur tersumbat, dan org kata, cuba tuangkan air panas ke dalam lubang sinki dengan tujuan untuk membersihkan saluran. Saya pun tak sangka ada anak cicak ni landing baik kat situ. Kesian dia mencuba untuk memanjatkan dinding sinki tu. Saya sempat menghidupkan air paip supaya air panas tu berkurangan kadar panas dia. Saya juga mencuba untuk menyelamatkan anak cicak ni. Tapi, saya tak berjaya. Badannya menjadi keras tetapi jantungnya masih berdenyut. Kesian. Saya tak bermaksud.

@Bunga - Bunga ni sebenarnya bunga hasil curian. hehehehe....Masa tu saya dan teman baik saya Lala sedang recce2 cd jepun kat S & M, kat KL, bersebelahan dengan Kotaraya. Nak dijadikan cerita, keseluruhan bangunan tu dan hampir setiap tingkat mempunyai jambangan bunga yang pelbagai. Ini kerana sebelum ni, berlaku perasmian bangunan ni, sebab dah di renovate. Rasanya saya tak pernah melakukan perkara, dan ini membuatkan saya blur..hehehe....tp akhirnya saya mendapat 4 kuntum bunga...heheheheh....

@ Mama Cat - Kucing ni adalah kucing jiran. Tak sangka, 2 hari lepas, MamaCat ni telah memberanakkan dirinya di dalam bekas kotak kipas saya yang berada d sekitar ruang tamu. Ini pun saya tau dari hosmet saya yang telah memesej saya (kat ofis masa tu). Rasa hepi sangat, sebab saya sukakan binatang. Heheheheh.....

~Dia anak manis~


byknye anak kucing!!!!!comeiiii Sat 24-Mar-2007 06:08
Posted by:za  - [Link]
Aaa.. Masz,cicak tu kena lipat ngn mas ke.... Mon 26-Mar-2007 00:21
Posted by:jemster  - [Link]
Lama dah saya tunggu update baru tetapi mengapa tiada sehingga kini, idea burned out agaknya ni? Tue 27-Mar-2007 05:31
Posted by:TheOnlyRockHead theonlyrockhead@gmail.com
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 27-Feb-2007 16:46 Email | Share | | Bookmark
Mimpi Yang Sempurna ??

mimpi yang sempurna




Quote:
Hari Selasa.

Semalam, saya balik ke rumah agak lewat dari ofis. Semata-mata nak siapkan kerja kat ofis. Alhamdullillah, hari ini semuanya agak cemerlang dilalui. Hari ini, saya tak bekerja lebih masa. Selepas balik dari ofis, saya terus ke pasar malam. Menjenguk sebentar dan membeli makanan untuk makan malam. Hehehehe .... Dan, saya terpandang pencawang elektrik ini. Sebenarnya, pencawang ini terletak kira-kira 20 meter dari rumah sewa saya. Dalam hati saya berdetak, hari ini saya mesti melaksanakan keinginan saya. Iaitu men'snap gambar dari bawah pencawang ini. Dalam hati rasa berdebar, tapi akhirnya, inilah hasilnya. Hari-hari saya memandang lambang kemajuan ini. Dan hari ini, saya berjaya menakluki dari jarak 0.5 meter. Hehehehe....Ia suatu mimpi yang sempurna. Agak sempurna! Anda bagaimana?


~mimpi yang sempurna??~




mimpi apa nie?? Fri 9-Mar-2007 06:14
Posted by:joni  - [Link]
mimpi sesuatu yg sukar dicapai....
ttp impian&cita-cita adlh sesuatu yg boleh digapai..
wah bermadah lak aku..
Sun 11-Mar-2007 05:51
Posted by:r a z i  - [Link]
Puteri.....lama-nya bermimpi, tak bangun lagi sehingga kini? Tue 13-Mar-2007 00:04
Posted by:TheOnlyRockHead theonlyrockhead@gmail.com
View all 18 comments Add comment


Sunday, 25-Feb-2007 11:20 Email | Share | | Bookmark
Pagi Ahad Saya.

 
 
 







Quote:
Hari Ahad.

Hari ini hari Ahad. Saya cuma duduk di rumah sahaja. Penat. Maklumla, smlm hari bekerja biasa. huuhhuhu....Tapi hari Ahad, saya tetap bangun awal. Nak laundry baju, nak kemas baju n etc. Piccas ni saya snap pagi tadi. Dah lama rasanya tak amik gambar. Dan hari ini, saya gagahi pagi yang malas ini dengan mengambil gambar. Seronok rasanya dapat melihat matahari terbit. Sebab, kalau hari biasa (hari bekerja) mmg tak sempat nak lihat. Apa taknya, keadaan masih gelap saya dah menapak ke opis. hehehehe....Ternyata, hari ini adalah Ahad yang indah. Terima Kasih Tuhan atas nikmat ini.

~Mulakan hari anda dengan senyuman~




Wa..... Pagi ahad yang indah... Ni yang tak sabar nak tunggu ahad menjelma nih... Tue 27-Feb-2007 00:19
Posted by:jemster  - [Link]
@jemster : ya ya....selamat berhari Ahad yang indah Tue 27-Feb-2007 05:23
Posted by:masze san  - [Link]
suka entri ni Thu 29-Mar-2007 00:30
Posted by:azam  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 20-Feb-2007 04:52 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak hari cuti

 
 
Quote:







Sempena cuti-cuti raya cina ni, saya lebih suka duduk dan berehat kat rumah.
Buat-buat rajin kemas bilik, buat-buat rajin masak tetapi saya memang selalu
masak kat rumah. ehhehehe... selera kat luar mmg tak best. Hari ini, hari
terakhir bercuti, dengan bangganya saya menapak ke kedai bahan basah dan membeli
keperluan dapur perut saya sendiri. kihkihkih...dan hari ini, inilah lauk yang
saya masak sendiri dan makan sendiri....selamat bersenang-senang!

Cendawan Black Pepper

Bahan-Bahan :

Cendawan (lain jenis pun tak apa)
Udang yang dibelah belakangnya untuk membuang najis (peram bersama sos tiram)
Black Pepper / Lada Hitam
Bawang merah, putih dan halia (ditumbuk halus bersama cili api)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah
ditumbuk bersama cili api
3. Goreng bahan-bahan di atas sehingga harum semerbak (bukan
haruman "maya karin" ya)
4. Masukkan udang-udangan, dan tumis sehingga udang berwarna
kemerah-merahan (udang tersebut bukan blushing!!)
5. Sehingga udang diyakini masak, masukkan cendawan dan tumis
6. Tak payah letak air untuk tujuan kuah, sebab cendawan itu
sendiri mempunyai kandungan air di dalamnya.
7. Letakkan black pepper secukup rasa bersama bahan perisa
seperti sos tiram, garam dan ajinomoto.
8. Gaulkan bahan-bahan masakan yang telah dimasukkan ke dalam
kuali tadi.
9. Boleh la dihidangkan.


Tambahan:

Bawal goreng kunyit.

Mungkin korang tak pernah try cara ini, ataupun dah try, ataupun
selalu try, tetapi terima sudi kerana sudi membaca blog ni.

Bahan untuk cicahan.
Bawang putih sebiji
cili api 3 biji

kedua-dua bahan di atas ditumbuk sehingga halus.
Letakkan bahan tumbukan (betul ke perkataan ni!!!) ke atas bawal yang telah siap digoreng,
Kemudian ikan tersebut bolehla diletakkan cuka ketika
ikan masih berasap. Anda akan mendengar bunyi....ssssss....heheheh....
itu menunjukkan minyak panas yang berada di dalam ikan bawal tadi
itu melakukan tindakbalas terhadap cuka...
Style ni di ajar oleh mak saya sendiri. Mungkin beliau menimba ilmu dari
orang cina kot. Sebab setahu saya, makcik2 cina yang saya kenal
selalu bgtau cara masakan ni. Dan ternyata sedap!


Jangan lupa untuk memasak nasi dahulu, dan jangan sesekali mencontohi
saya yang selalu terlupa untuk masak nasi sebelum masak lauk pauk. Gosh!!

Selamat Bersenang-senang la yer!!!






Re : Thanks sebab sudi lawat fotopages saya dan kasi komen....Sebenarnya rama2 tu atas permintaan diorang....ada yang ada inner and glow tuh...tapi diorang tak minat...Hehhehehee...So buat pun atas permintaan...Once more...thanks again....rajin2 ler lagi lawat my fp n kasi komen......

Woow best gambar ni...membuatkan saya lapar.....
Fri 23-Feb-2007 04:41
Posted by:doubleukayes doubleukayes@yahoo.com  - [Link]
wowww.. sedapnya.!!!!!!!!!... .. lovely photos!!! Fri 23-Feb-2007 18:14
Posted by:Hannan  - [Link]
blom sempat nk msg cendawan black pepper tu lagi..quite bz la.. Sat 24-Feb-2007 14:03
Posted by:za  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 13-Feb-2007 03:10 Email | Share | | Bookmark
Saya_____ kamu .

i heart u!


Quote:
Selamat berkasih sayang ! Entry ini bukan merujuk kepada Hari Valentine sahaja. Keterbetulan seadaanya. Gambar lama yg diedit dan dimasukkan semula ke dalam fotopages saya. Hanyalah semak samun di pagar rumah sewa saya sebelum ia dibersihkan. Semoga kita hidup dalam aman damai selamanya.. i heart youl!



bila yang tertulis untuk ku, adalah yang terbaik untuk ku...



pals rindu ma ko...eh pals site yg lepas tu masih ada la..cuma lama ndak update..chatters lama nda tau p mana suda
kalau ko rindu : http://maszsevenzone.fotopages.com
teda perubahan sana tu..sama juga maknanya persahabatan kita adalah selamanya..walaupun kita tidak tahu nafas kita yang seterusnya...apapun terima kasih kerana sudi mengingati kenangan terindah...miss u pals.....hit my Ym if u had any leisure time...

~kenangan terindah~
Mon 26-Feb-2007 15:24
Posted by:masze san  - [Link]
..oh ya kah put3...maknanya saya masi boleh menjenguk kenangan-kenangan lalu disitu... ...apa-apapun yang sering membuatkan saya tersenyum sendiri(klu org. nampak mesti dia cakap saya gila wakaka)...kita berada di jakarta global 9....ekekek kita tia faham bahasa indon ... tidak mo kalah malu...trus saya cakap FROM SABAH WITH LOVE....satu-satu out dari room....ekeke....I really miss u all.... put3..ene..coco...dan yang sewaktu dengannya...saya selalu mendoakan semoga kalian ceria..bahagia...sukses selalu walau dimana kalian berada...I love u all..always.. Tue 27-Feb-2007 01:45
Posted by:paloma
skian lama sa cek2 potopajes ko ni pu3 baru ku terpandang akan komen c loma... sedih n rindu sa bila ingat masa kita mengganas d room chatting... people says time moves slower if we appreciate the little things we had ... n i appreciate the most that little thing ... little thing when we all knew each other ..... love to u all my prens coco, loma, pu3,w8 and many others Thu 1-Mar-2007 05:00
Posted by:len @ enelya82
View all 19 comments Add comment


Sunday, 11-Feb-2007 11:07 Email | Share | | Bookmark
My January 2007 v1.

KLCC
Gonggok-gonggok
M for ?
View all 6 photos...












Quote:
[KLCC - Percubaan untuk shot KLCC Banyak shot yang saya ambil sebenarnya. Tapi biasala kalau camera yang ringan ni... susah nak ejas...nak ejas nafas masa nak amik gambar tu. Dah la ari tu panas terik. Gambar ini diambil masa saya pergi melihat pameran sains dan ketamadunan seni bina Dunia Islam kat Kuala Lumpur Convention Center.

Gonggok-gonggok - Shot ini diambil masa saya 'menebang' rumput kat belakang rumah. Jangan pikir lain tentang gambar ni...Sebenarnya saya geli bila berjumpa dengan spesies ulat2 ni...
boleh lari....


M for ? M for what? banyak maksudnya. Ini adalah gitar adik saya. Pemiliknya perempuan. ahhahaha....Biasala budak2 PTPTN ni, dapat duit saja terus p shopping. Gitar ni berharga dalam Rm180 ++ saja. Tak mampu nak beli yang mahal2. Biasala budak2 muda skrg ni....

Phobia Diriku Saya takut untuk naik sebarang kenderaan Tak kisah la apa sekalipun...Tapi apa nak buat.... TERPAKSA........

Yang terdalam Kalau tak silap benda ni meteorscope..Kalau tak silapla.. Shot ni masa pegi Pameran Dunia Sains Dan Tamadun Islam tu...

SANDAKANian - woohah! hehehe....shot ni amik sendiri. Masa saya dan adik saya (pemilik gitar tu) pegi shopping kat Sungei Wang. Ahaks.! Sandakanian!

awak ganggu ulat gonggok tgh tenet eh?? Mon 12-Feb-2007 07:27
Posted by:jONiā„¢  - [Link]
hehehehhe... saya TER' je Mon 12-Feb-2007 08:35
Posted by:masze san  - [Link]
KLCC tu kewl.... Cuma bangunan tu shining sket kot sbb kena mentari kot...
Keep it up girl
Tue 27-Feb-2007 05:47
Posted by:jemster  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 7-Feb-2007 13:24 Email | Share | | Bookmark
Lala Masak Gitu-Gitu

Lala Masak Gitu-Gitu
Lala / Razor Clams (bukan masnonipicz' property)



Quote:
Entry bab makan2 lagi...Oleh kerana, entry saya sebelum mendapat feedback yang menarik (tak kira la sebagai komen dlm FP, email ataupun Yahoo Messanger), saya nak buat entry lagi pasal lauk...hehehehe.... Tentu korang pernah dengar Siput Lala atau di Sabah juga dikenali sebagai Siput Selisip. Di tempat lain tak tau la pula apa namanya. Tapi kat pasar malam berdekatan rumah saya ni, mereka panggil Siput Lala. Saya suka makan siput jenis ni. Dan saya mempunyai resepi masak terjun. Selamat Memasak Sambil Berkarya!

Resepi Lala Masak Gitu-Gitu
Secukup siput lala yang telah dibersihkan dari kulitnya
Tempe
Cili kampung (wajib !)
Cili besar hijau / merah (mengikut suka hati anda)
Sos tiram
Kentang (sebagai penambah selera buana) ]
Bawang merah, bawang putih dan halia

Cara-caranya
1. Peramkan Lala dengan sos tiram selama 5 minit. Tujuan 'pemeraman' ini adalah untuk menambahkan rasa semangat 'seafood' pada siput.
2.Kentang dipotong mengikut suka hati. Potong segiempat ke, tirus ke, bujur kelapa ke dan digoreng sehingga kekuningan
3. Bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kampung ditumbuk sehingga lumat.
4.Hiris cili merah / hijau
5. Tempe dipotong mengikut citarasa sendiri dan digoreng sehingga kekuningan
6. Panaskan minyak tp dalam kadar yang slow
7. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk halus tadi, pastikan tingkap dibuka kerana boleh menyebabkan orang lain terbatuk2 disebabkan 'pedasnya' cili. Saya berkata demikian kerana budak2 serumah saya selalu menjadi mangsa saya... ahhahaha...tp mereka mesti ckp, kalau kak mas masak mesti best . (ya la tu!)
8.Masukkan lala yang telah diperam tadi. Kuatkan kadar api sedikit. Fuh! Cuba bayangkan anda seorang tukang masak, tetapi jangan sampai kuali yang digunakan telah 'tertelangkup' kat lantai....ahhahaha
9. Setelah diyakini masak, masukkan tempe dan kentang yang telah digoreng kekuningan sebelum ni.
10. Letak la sedikit sos tiram. Perasa seperti ajinomoto dan garam (sedikit sj sbb kita dah peram lala sblm ni) boleh digunakan.
11. Gaulkan semua bahan2 tadi sehingga diyakini masak.
12. Boleh la mulakan acara makan2. Pastikan nasi sudah dimasak dan tidak menjadi seperti saya, semua lauk sudah siap, tp rupa-rupanya nasi tak tanak lagi...ehhehehe kacau mood sj


Amacam? Boleh? Selamat mencuba !!!!



** kalau tak bleh nak masak dan masih tergaru-garu siku camana nak masak, bleh la kontek saya:
Yahoo Messenger/ Email: puteri_sandakan24@yahoo.com
Friendster : maszesan
Myspace: maszsevenzone

Ala:-( Saya tal leh makan sea food. Alegik. Daging atau Ayam boleh!! Fri 9-Feb-2007 09:50
Posted by:TheOnlyRockHead theonlyrockhead@gmail.com
ala...nantila saya snap gambar lauk ayam ye.....daging? saya tak gemar....ahhaha Fri 9-Feb-2007 10:28
Posted by:masze san  - [Link]
ermm..nampak cam sedap je..nanti ko tolong masak..k..anyway nice footpage Sun 25-Feb-2007 11:54
Posted by:adrian trevor dragon_gondo78@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 5-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Singgah Sebentar...Lalat v.3

 



Quote:
Alhamdulillah...... Akhirnya kesihatan saya mengizinkan diri saya untuk terus ber'fotopages'. Terima kasih pada Tuhan yang mencipta sekalian alam kerana memberi kenikmatan semua ini. Entry cik Lat lagi.... Gambar ini diambil semasa kita menyambut Tahun Baru Masihi 2007. 1 January 2007 yang sudah 35 hari dilalui. Saya berpuas hati dengan gambar ini meskipun menggunakan digital camera biasa sahaja. Cahaya dan persekitaran lokasi ini memberikan kepuasan kepada saya meskipun saya baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi ini.

Kelihatan cik Lat kita ni sangat sporting sekali. Jarak cammy saya dari Cik Lat ni dalam lingkungan 5 cm. Tapi tidak sedikit pun Cik Lat ni mengambil hati dan terbang pergi...hehehehe... Bagaikan hari bertuah pada diri saya kerana dapat mengambil posing cute Cik Lat ni. Edit tidak dibuat pada gambar ini (gambar asal) dan hanya bingkai dan huruf di tambah ke dalam gambar cik Lat ini. Terima Kasih kerana sudi melawat.. Selamat bergembira!


Originality, that what I like! Tue 6-Feb-2007 11:26
Posted by:TheOnlyRockHead theonlyrockhead@gmail.com
mmg sporting en lat tu, biasanya geng dia yg lain terbang terus je Wed 7-Feb-2007 08:36
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Waaaa.... Macro tahap gaban nih...
Excellent woooo....
Tue 27-Feb-2007 06:57
Posted by:jemster  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.